Monday, July 28, 2008

Entry: Life Begins...

Tahun 2007 adalah tahun yang indah dan bahagia buat mama dan papa..Tanggal Jun 1,tepat jam 4.55 petang mama dan papa telah selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri. Atuk mama sendiri yang mahu menikahkan mama sendiri. Katanya mama cucu perempuan dia yang terakhir. Saat yang paling syahdu sekali bila tengok papa menahan sebak dan hampir menitiskan airmata semasa upacara membaca akad kepada mama (Sesungguhnya papa seorang insan yang mudah tersentuh hatinya). Banyak halangan dan dugaan telah kami tempuhi sebelum berkahwin mungkin sebab itu juga lah papa rasa terlalu sedih dalam gembira. Sebak hati mama bila tengok papa macam tu.. Tatkala itu juga menangislah semua syaitan dan iblis yang tidak mahu anak keturunan Adam hidup bersama dalam ikatan yang sah dan halal...Dalam pada mama sibuk buat persiapan untuk hari bahagia kami, mama telah diterima untuk menyambungpengajian untuk Ijazah pertama di USM secara out campus..Kelam kabut juga dibuatnya sebab pendaftaran bermula pada minggu mama dan papa akan dinikahkan. Mujur dapat pelepasan daripada Dekan. April 2008 pula mama telah disahkan mengandung. Alhamdulillah...murah rezeki kami.. Pengajian mama terpaksa ditunda setahun memandangkan Little Angel mama dan papa akan lahir awal bulan Disember ni. Pendek kata, macam-macam dah terjadi tahun 2007. Harap-harap tahun 2008 ni akan memberi tuah kepada kita sekeluarga. Memandangkan tahun 2008 pun dah hampir tiba ke penghujungnya, mama harap sangat agar mama jadi orang yang rajin mengupdate blog ni khas untuk tatapan papa dan Little Angel nanti..

No comments: