Tuesday, August 12, 2008

Borneo oh Borneo...

Mama dah start keje hari Isnin aritu..memang malas sgt nak bangun pi keja..oh yer cerita tentang percutian kat Borneo tu yer.. 4 hari mama kat sana takder ke mana. Plan nak ke Kundasang tapi bila pikir2 , rasa macam tak sempat pulak nak kesana. So, papa kata lain kali lah kita gi..huhuhu...terkilan gak..sebab dah sampai kat Kota Kinabalu. At last mama pon ikut jekla papa gi keja..dia tengok bot..mama pon tengok bot gak..papa panjat bot..mama pon panjat bot..heh..ader ker mak buyung cemnih.. tetiba mama luper lak yg mama tgh carry the most important person in our life. Kesimpulannya, mama ke negeri Borneo tu kira macam berehat jek la..ader takder pon lepas ikut papa settle kan keje dia..baru lah jenjalan kat bandar KK. Kat sana hari siang takder aper yang menarik pon, bila malam barulah happening. Especially kat night market dgn tempat makan-makan dia..Macam2 makanan ader jual. Murah pastu banyak sgt. Yang jual makanan tu kebanyakannya orang Filipina. Paling best mama rasa kat night market tu lah..banyak sgt beg2 yang ader cop branded2 jual kat situ. Kira macam Petaling Street gak la. Mama pon beli la 2 handbeg brand Coach dan 1 handbeg brand Guess. Ok sangat dan cantik. Bukan ader org tau pon handbeg tu murah ker mahal.hehe.. Bila bawak gi opis, ader pulak yang berkenan kat handbeg mama tuh..

Hari pertama sampai kat KK, terkejut gak mama, banyak bangunan shopping complex dah naik kat sana. Last mama pegi 2 tahun lepas, takder yg best sgt. Sekarang nih..macam-macam ada..kalo dulu asik la gi pasar philiphin jek. Sampai KK dah pukul 5.30pm. so stay kat Imperial Hotel. Cantik gak hotel tu, bilik dia modern design. Lepas rehat-rehat jap, solat, kul 8pm kitorang pon turun nak gi makan n jenjalan. Time tuh mama rasa penat sgt2, tapak kaki nih rasa mcm mencucuk2. Nampak kedai Hush Puppies, masuk then terus beli sandle baru..Sandle croc's yg mama pakai tu pun dah tak berkesan keselesaan nampaknya..atau badan mama yang dah semakin berat tataulah. Pusing punya pusing, jam dah pukul 10pm. Kat sana, 10pm dah macam kul 11pm. So balik hotel dan zzzzZZZ...

Esok lak, bangun pukul 5am, nak kejar ke airport sbb nak ke Labuan. aduhh...ngantuknya...dalam fligt mama tido jek..setengah jam pastu dah sampai. Check in kat Waterfront hotel. Ingat kan nak lepak jek kat hotel..tapi mcm boring jek..mama pon ikut la papa sekali. Penatnya toksah kater la..dengan panasnyer..dengan ngantuknyer..kul 12 papa siap keje kitorang balik hotel semula..igt nak tido jap.tp perut dah pedih nak makan. Sian papa, baru nak landing dah kena teman mama gi makan. Kawan papa yg sorang tuh memang dah tak larat nak makan dah. Dia soh turun gi makan dulu. Waktu makan tu, tangan n kaki mama dah bengkak. Tatau la naper..mama suspek sbb cuaca kat sana panas. Sampai hotel mama terus tido...letih yg sgt2..bangun2 jam dah pukul 6pm. Bayangkan lah tido dari pukul 3.30pm sampaila pukul 6pm. Barulah suma bengkak tuh hilang. Malam lak takder aper yg menarik..biasalah kan, Labuan tu bukat tempat pelancongan. Tempat buat kapal banyak ler.

Esoknyer, pas breakfast kat hotel (breakfast kat hotel tu tak best, nama jek hotel 4 star)
kemas barang then gerak ke airpot nak ke KK semula. Flight pukul 12pm. Nak jadi cerita, flight yg kitorang naik tu buat hal pulak..lega hati bila dah masuk dlm flight. Dalam hati mama igt sampai KK awal, leh ajak papa jenjalan. Rupa-rupanya baru 10min terbang flight tu terpaksa balik ke Labuan semula sbb ader masalah. Punya la lama tunggu dlm flight tu.Igt kan bila dah repair bole la terbang..ini tidak, pesawat terpaksa dibatalkan. Dudukla mama n papa kat airport tu daripada kul 1pm sampai la kul 8pm.Rasa cam PATI pon ader.heh.. Bayangkan betapa lamanya nak tunggu extra flight sampai. Sampai tido2 kat kerusi airport tuh. Tiba kat KK dah pukul 8.30pm. Terus check in kat Le Meridien..memang best sgt n strategik hotel tu. Depan laut..then nak makan pon senang. Rehat jap..turun balik nak gi makan. Pas makan takder ke mana sbb night market pon dah tutup. Balik la ke hotel semula n zzzzZZZ.. Nasib baik la Little Angel mama ni behave sgt. Senyap jek dia. Mungkin dia pon seronok jenjalan walopon penat.
Esoknya, lagi sekali mama ikut papa gi survey bot. Pas breakfast (kat hotel ni breakfast best..macam-macam ada.. kenyang little angel mama nih) Macam-macam tempat mama pegi..Gayana, Tuaran, Menggatal, Tanjung Badak, Karambunai n Teluk Sepangar. Tapi kejap2 jekla. Keesokkannya, kemas barang then check out drpd Le Meridien.
Itulah sedikit sebanyak coretan mama sepanjang di KK tempohari..lepas balik daripada Sabah tu, mama n papa terus balik kampung sebab adik papa (makcu little angel) nak bertunang. Ok la cukup sampai sini dulu..gambar mama upload kemudian..mama online guna pc office..Gambar suma dalam laptop. Esok2 mama cerita lagik..misti suma tanya maner la cerita pasal little angel. Ok..mama akan start post entry tentang check up mama n preparation little angel pasnih..

No comments: