Sunday, November 23, 2008

38 weeks, 3 days...masih belum bersalin lagi..

Lama sangat mama tak update blog..dah bersawang dan tak berkemas dah blog nih. Alhamdulillah.hari ni mama berjaya jugak update. Sejak Little Angel masuk 8bulan aritu, mama memang sentiasa tak sihat. MC toksah nak kata lah melambak2.. sejak mama kena admit masa 34weeks aritu kat spital sebab premature contraction, terus mama jarang ke ofis. Takut gak nk aktif2 nih, kang terberanak tak cukup bulan pulak. Sekarang nih mama tengah tunggu masa jek bila la little angel ni nak kuar. Mama dan papa dah tak sabar2 sgt nk tengk muka little angel nih. Masuk hari ni gak, dah dekat seminggu lebih mama dan papa cuti dn balik ke Nilai (umah nenek little angel). Akhirnya, mama amik keputusan untuk bersalin di hospital putrajaya dan kerana itu jugak lah papa terpaksa amik cuti yg agak lama sampai mama bersalin baru balik ke Penang.
Perut mama pon dah makin besar, hari2 papa pujuk supaya litle angel cepat kuar. Sian kat mama katanya, yelah malam2 mama dah tak selesa nak tido. Perut mama nih asik mengeras jek. Kakak mama kata kalo mengeras selalu tu tak lama dah. Mintak2 la camtuh.Mama takut kalo takder gesa nk bersalin sampai 3Dis nih, doktor akan induce utk kuarkan baby 4Dis nanti. Alahai takutnya mama dengar. Mama sentiasa berdoa supaya Little Angel lahis sebelum 3Dis nih. Macam2 mama buat supaya cepat bersalin, naik tangga turun tangga sebanyak 2 atau 3 kali sehari (umah nenek Little Angel ni umah flet tingkat 3 lagi) , mop keseluruhan lantai umah. Orang kata kalo aktif2 cepat bersalin...tp sampai skg mama lom ada tanda2 lagik. Tatau la kan kalo sehari dua lagik. ok lah cukup sampai sini dulu, mama rasa letih dah. Sekarang ni tangan mama dah semakin kebas2.susah sgt nak taip .

No comments: